Bahan Pengajaran dan pembelajaran
KEMAHIRAN PROSES SAINS
- MEMERHATI
- MENGELAS
- MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR
- MEMBUAT INFERENS
- MERAMAL
- BERKOMUNIKASI
- MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN MASA
- MENTAFSIR MAKLUMAT
- MENDEFINISI SECARA OPERASI
- MENGAWAL PEMBOLEH UBAH
- MEMBUAT HIPOTESIS
- MENGEKSPERIMEN
a) Memerhati
- Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian atau semua deria.
- Boleh dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif
- Pengetahuan konsep diperlukan dalam pemilihan dan penaksiran pemerhatian yang dibuat.
b) Mengelas
- Proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek dan fenomena berdasarkan ciri atau sifat yang sepunya.
- Mengasingkan dan mengumpul objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing.
c) Mengukur dan menggunakan nombor
- Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai.
d) Membuat Inferens
- Proses membuat kesimpulan awal untuk menerangkan peristiwa atau objek berdasarkan pemerhatian.
- Pengalaman lepas digunakan sebagai asas untuk membuat kesimpulan awal tersebut.
- Kesimpulan yang dibuat ini mungkin benar atau tidak.
e) Meramal
- Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang lalu atau data yang boleh dipercayai.
- Berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.
f) Berkomunikasi
- Kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk.
g) Menggunakan perhubungan ruang dan masa
- Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.
h) Mentafsir maklumat
- Kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.
i) Mendefinisi secara operasi
- Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan atau diperhatikan
j) Mengawal pemboleh ubah
- Pemboleh ubah boleh jadi satu faktor, keadaan atau hubungan yang boleh diubah dalam satu kejadian atau sistem yang dikaji.
- Pemboleh ubah dimanipulasikan untuk menghasilkan perubahan dalam pemboleh ubah kedua ( pemboleh ubah bergerak balas ).
- Pemboleh ubah lain yang mungkin mempengaruhi keputusan perlu dimalarkan ( pemboleh ubah dimalarkan )
k) Membuat hipotesis
- Proses menghasilkan satu kenyataan umum yang difikirkan benar berdasarkan inferens, untuk menerangkan satu perkara atau peristiwa.
- Merupakan suatu ramalan mengenai hubungan antara dua atau lebih pemboleh ubah.
- Boleh diuji untuk mebuktikan kesahihannya.
l) Mengekperimen
- Kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis. Merupakan kemahiran proses sains peringkat tertinggi.