Tuesday, November 22, 2011

Tahukah Kita ?

Lautan

  • Lautan merupakan kumpulan air masin yang saling bersambung meliputi permukaan bumi yang dibatasi oleh benua atau kepulauan yang besar.
  • Lautan meliputi 71 peratus permukaan bumi, dengan keluasan sekitar 361 juta kilometer persegi. Manakala isi lautan antara 1370 kilometer padu dengan kedalaman rata-rata 3790 meter. Perkiraan itu tidak termasuk laut yang tidak berhubung dengan lautan, seperti Laut Kaspia. Bahagian yang lebih kecil daripada lautan adalah teluk, selat dan laut.
  • Sesetengah kita tidak dapat membezakan antara laut dengan lautan. Kebanyakan laut bersambung dengan lautan, kecuali beberapa laut seperti Laut Mati yang dikelilingi daratan.
  • Air di laut merupakan campuran 96.5 peratus air suling iaitu air yang dijadikan wap dan disejukkan kembali, manakala 3.5 peratus bahan lain adalah garam, gas dan bahan-bahan terlarut lain.
Lima jenis lautan di bumi :
  • Lautan Artik
  • Lautan Atlantik
  • Lautan Hindi
  • Lautan Pasifik
  • Lautan Selatan
"Sains itu menyeronokkan"....

Tahukah Kita ?

Kenapakah cahaya matahari waktu pagi baik untuk kesihatan kita ?

Salah satu sebabnya adalah kerana cahaya matahari dapat membunuh kulat dan bakteria yang mendiami kawasan permukaan kulit kita. Selain daripada itu, pancaran matahari dapat mengaktifkan sel  darah putih.

Apakah yang dilakukan oleh sel darah putih ?

Sel darah putih pula bertindak membunuh kuman penyakit yang ada di dalam badan kita. Otot-otot badan menjadi lebih aktif apabila terkena pancaran matahari. Matahari jugalah yang bertanggungjawab membuat sejenis vitamin di dalam badan kita.

Bagaimana ia berlaku ?

Sinar ultra ungu dalam cahaya matahari menukarkan sejenis unsur dalam kulit yang dipanggil ergosterol kepada vitamin D. Sungguhpun begitu, pancaran cahaya matahari dapat meningkatkan kadar tekanan darah seseorang. Oleh kerana itu, seseorang yang mempunyai masalah jantung atau paru-paru dalam keadaan tertentu berisiko apabila terdedah kepada cahaya matahari dalam kadar terlalu lama atau mendadak.

Selamat Membaca !